Monday 9 December 2013

Ahlan Wasahlan

Muatan 1.5ml ( RM2.00 sebotol) dan 600ml (RM1.00 sebotol)


Air adalah kurniaan Tuhan. Kita memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 60-70% air. Ia memainkan peranan penting dalam fungsi-fungsi organ seperti membantu mengangkut nutrien, mengawal suhu badan, membantu proses pencernaan, membawa zat-zat makanan dan lain-lain lagi. Hanya dengan meminum air yang berkualiti, barulah kita akan dapat memiliki tubuh badan yang kuat dan sihat. Air yang berkualiti mengandungi zat-zat galian yang diperlukan oleh badan, beralkali (pH 7.0-8.5), bebas daripada kuman, bahan kimia atau logam berat yang merbahaya.
Air Minuman GAU telah dikategorikan sebagai air berkualiti kerana ia mengandungi kadar garam galian yang tinggi (TDS 294 mg/I) dan beralkali (pH 7.9). Nilai kealkaliannya adalah lebih daripada nilai pH darah kita iaitu pH 7.4.

Air Minuman GAU dapat meneutralkan dan menyingkirkan sisa-sisa berasid yang terkumpul dalam badan kita. Ia juga berupaya mengimbangkan paras pH tubuh kita untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit, terutama penyakit kronik. Lebih-lebih lagi, Air Minuman Gau berupaya membekalkan zat-zat galian yang diperlukan oleh tubuh untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan.

“KANDUNGAN MINERALNYA ANTARA YANG TERBAIK SELEPAS AIR ZAM-ZAM”

PENGEDAR AIR GAU

KESUKARAN,KESUSAHAN & KERUMITAN
MENDAPATKAN AIR GAU DI PASARAN?
KAMI MENGALU-ALUKAN KEPADA USAHAWAN
YANG BERMINAT MENJADI PENGEDAR AIR GAU
DI KAWASAN ANDA.
JADI JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI.

BERMINAT!!! SILA HUBUNGI KAMI.
dRusila Store, Bangunan PAS Marang
Depan Masjid Rusila, 21080 Kuala Terengganu
Terengganu
0199105222 / 096175172
email : kelatedaily@gmail.com

Air Minuman Gau

PENGENALAN
Air Minuman GAU merupakan air yang terpancar dari mata air di Kampung Sungai Gau, Temerloh, Pahang. Ia dikatakan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air ini juga telah diuji oleh MARDI untuk mengetahui khasiat, zat, keracunan dan bahayanya. Hasil ujian menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang menyerupai air zam-zam.
KHASIAT AIR MINUMAN GAU
Air ini mempunyai khasiat dari segi Rohani dan Jasmani serta sesuai diminum oleh setiap lapisan umur tanpa mengira bangsa dan keturunan. Air penawar semulajadi ini dapat membantu: Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh, Meneutralkan kadar asid dalam badan sebagai sumber merawat penyakit, Meningkatkan stamina tubuh, Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen, Membina dan menguatkan tulang dan gigi, Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah, Mengurangkan kadar gula dalam darah, Membersih serta melancarkan sistem penghadaman, Membersih serta melancarkan sistem kumbahan, Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh, Mengurangkan tekanan darah tinggi, Mencerdaskan minda dan memulihkan tenaga, pH beralkali sebagai penjana tenaga dan Mempunyai kadar garam galian yang tinggi (TDS 294mg/l) dan pH 7.9.
FAKTA UTAMA
Air minuman GAU adalah dari sumber bawah tanah (Mata Air) yang bebas daripencemaran serta mengandungi ION2 Mineral, pH Beralkali dan Beroksigen. Ia juga mengandungi kandungan mineral yang sangat tinggi. Kandungan pepejal terlarut (TDS) Air Minuman GAU adalah 294 mg/I. Ia telah melepasi tahap Piawaian Antabangsa (TDS) yang hanya sebanyak 250 mg/I.
RINGKASAN
Antara mineral penting yang terdapat di dalam Air Minuman GAU  ini ialah:  
Kalsium
Kalsium (Ca) digunakan dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia sangat penting dalam penghantaran impuls saraf, pembekuan darah dan pengecutan otot. Ca turut meningkatkan pH di dalam tubuh menjadikan tubuh lebih beralkali yang seterusnya menggalakkan sistem imuniti tubuh bertindak terhadap virus dan bakteria. Medium alkali tidak sesuai untuk pertumbuhan virus dan bakteria.
Magnesium
Tugas memerlukan Magnesium (Mg) larut air bersama dengan kehadiran Ca. Ca tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran Mg. Pengambilan Ca bersama dengan jumlah Mg yang sesuai membantu menurunkan badan serta menjadikan anda kelihatan muda dan bertenaga.

Saturday 7 December 2013

Kenapa Perlu Minum Air

KENAPA ANDA PERLU MINUM AIR?                                                                    
Kita  memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 60-70% tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup sehingga 70 hari tanpa makan tetapi hanya bertahan sehingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kesihatan. Air juga penting sebagai ajen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh serta membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan dalam keadaan stabil. Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum 8 gelas air dalam sehari. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah 2 gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, 2 gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, 2 gelas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan 2 gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.
BERAPA BANYAK AIR YANG SEHARUSNYA KITA MINUM?
2 liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan 8 gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi(panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih daripada 8 gelas air sehari.
AIR ADALAH KEPERLUAN KEDUA SETELAH UDARA BAGI TUBUH ANDA
Tubuh kita terdiri daripada 70% air dan 30% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air digunakan sehari. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.
MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.